By: Mustaffa A A

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Monday, 4-Aug-2008 16:58 Email | Share | | Bookmark
Nanayama Trips

 
 
 
View all 12 photos...
Kami pergi air terjun di nanayama villages seramai 20 student sini pergi. perjalanan lebih kurang 1 jam setengah. Pemandangan kampung di jepun cantik dengan kawasan berbukit dan bersih.


Saturday, 12-Jul-2008 14:09 Email | Share | | Bookmark
Shopping di Tosu Outlet

Sekitar Bgn. Kompleks
Sekitar Bgn. Kompleks
Sekitar Bgn. Kompleks
View all 10 photos...
Hari ini pergi Tosu.. tempat shopping barang berjenama tapi dengan harga yang murah sikit daripada outlet biasa. Jauh jugak dari Saga, lebih kurang satu jam lebih perjalanan dengan odyssey. Berat jugak odyssey pasal 8 orang yang pergi, yang paling berat si anif ...

Kawasan shopping nie luas jugak dan dia bukan seperti shopping kompleks kat Malaysia. Ia dibina dengan blok blok kedai dan lengkap dengan food court. Kebanyakkan kedai adalah menjual barangan berjenama seperti Adidas, Nike, GAP, Levis, REPLAY dan banyak lagi. So gambar diatas adalah bangunan dan lanskap sekitar shopping kompleks.


Friday, 4-Jul-2008 02:14 Email | Share | | Bookmark
Pergi Fokuoka

Sawah kat tepi Highway...
Bandaraya Fokuoka
Bandaraya Fokuoka
View all 6 photos...
Oleh kerana ada masalah visa, maka terpaksalah saya pergi ke Fokuoka. Pejabat Immegration kat Saga tak boleh nak uruskan. Jadi terpaksalah si Zaim ikut sama. Kalau pergi sorang... alamatnya sesat laaaa...

Office Immegration Fokuoka di Terminal 3 Fokuoka Airport. Jadi senang la nak cari, setelah selesai urusan maka bercadanglah nak pi Suraj. Suraj nie salah satu kedai India yang jual beryani kat Fokuoka. So dtg Fokuoka tak pi Suraj terasa rugi laaa.... Tetapi oleh kerana dan kesuntukan masa maka kami terus balik ke Saga. Frust tak dapat makan kat Suraj....

Next weeknya pejabat Immegration tepon bagitahu dokumen dah siap dan terpaksalah pergi semula ke Fokuoka. Kali nie Zaim tak ikut, tapi Gambir pulak dipaksa pergi. So mcm biasa naik bas n terus ke pejabat immegration. Selesai sahaja urusan.. terus pi subway naik train.... kira nie firstime naik... terus ker Hinyin... tempat dimana restoran Suraj berada...

Bau beryani dah terasa ajerr... so dati stesen Hinyin terus berjalan ke Restoran Suraj... jauh gaakk tapi beryani punya pasall rasa dekat ajerr.. sampai kat Suraj jam 430 ptg. Frust giler... sign `Close` terpampang kat pintu masuk restoran... Aduiiiiii

to be Continue....


Thursday, 3-Jul-2008 16:10 Email | Share | | Bookmark
Sapa nak beli Keter

Honda Accord & Ferio
Cunnnnn..
Engine berkilat..
View all 6 photos...
Keter caler merah tu dah nak dijual... ada sesaper berminat murah murah sahaja...


Thursday, 3-Jul-2008 15:49 Email | Share | | Bookmark
Kehidupan di Saga

Zaim...
Wok...
Nagafuchi Apartment...
View all 6 photos...
Sampai Saga, duduk menumpang dengan Zaim dan Wok (kat Nagafuchi Apartment), ramai gak budak-budak Msia kat sini. Ada nama.... Togeh, Kuchai, Labu dan mcm mcm lagi. Nama tu dgr citer si Zaim yang kasi. Peliknya semua nama sayur.......

Semua budak budak Msia ada dalam 15 orang dan semuanya lelaki. Nasib baik ada dierowang ada la jugak tempat boleh menumpang dan belajar hidup kat sini. Iyer laa.. kitani dah la tak paham satu haram bahasa and perkataan jepun. Jadi semua berharap dengan dierowang. Nak beli roti pun kena tanyer samada halal atau dak.

Sini, saya makan apa yang dierowang makan, entah apa nama makanan saya pun tak tahu.. yang senang ingat Sushi jer la...


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net